03 // pelan induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) Analisis Pelaksanaan dan Pencapaian Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia peringkat Gelombang kedua (2016-2020)

Pengenalan Gelombang 2 

Pencapaian Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia peringkat Gelombang kedua (2016-2020) adalah berteraskan dan bertujuan mempercepatkan peningkatan kemajuan sistem pendidikan yang selari dengan peringkat Gelombang Pertama. 

Pada Gelombang ke 2, struktur sistem pendidikan negara telah diubah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mempercepatkan peningkat kemajuan sistem daripada rancangan inisiatif gelombang pertama.

Perancangan Gelombang 1 dan 2 melibatkan 410,00 Guru dan 10,000 Pengetua/GB untuk penstrukturan semula bahagian dan tugasan di kementerian sejajar dengan peranan yang dirancang pada Gelombang 1 dan memperkenalkan dan menyemak kurikulum baharu sekolah menengah dan kurikulum  (Dokumen Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2021,2013).


Insiatif Kerajaan Dalam Gelombang Ke-2 (2016-2020)





Sebelas (11) Anjakan PPPM




ANJAKAN 1/ ANJAKAN 2/ ANJAKAN 3

ANJAKAN 1

ANJAKAN 2

ANJAKAN 3

·       Menanda aras keupayaan dalam kemahiran Matematik dan Sains dengan standard antarabangsa.

·       Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi.

·       Fokus terhadap keberhasilan murid dan sistem pembelajaran yang baik dan sistem pendidikan berprestasi tinggi.

         Penambahan guru Bahasa tambahan.

          Penekanan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

          Program LINUS diperluas yang meliputi Bahasa Inggeris.

         Bahasa Malaysia dimantapkan penguasaannya di semua jenis sekolah dengan memperkenalkan kukrikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah.

         Memperkukuh Pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017.

         Pendidikan Islam dan Moral diperkukuhkan dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017.

         Potensi murid secara holistik dikembangkan dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan,1 Kelab dan 1 Badan Beruniform.




ANJAKAN 4/ ANJAKAN 5/ ANJAKAN 6

ANJAKAN 4

ANJAKAN 5

ANJAKAN 6

·       Memperketatkan syarat lantikan guru bermula pada tahun 2013.

·       Memastikan guru memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran bermula 2013 dengan mengurangkan beban pentadbiran.

·       Melaksanakan laluan kerjaya guru berasakan kompetensi dan prestasi mulai 2016.

         Bermula 2013, memperkenalkan kriteria pemilihan Pengetua/ Guru Besar berasakan kompetensi dan pengukuhan proses perancangan penggantian bagi pengetua/GB.

         Pakej kerjaya baharu bagi Pengetua/GB dilaksanakan dengan lebih sokongan, fleksibiliti pengoperasian bagi penambahbaikkan sekolah,kurikulum dan kokurikulum serta kerberhasilan pelajar.

         Menjelang 2014, penambahbaikan prestasi sekolah dipercepatkan melalui program yang sistematik dan dipimpin oleh PPD di semua negeri.

         Memastikan 100 %, sekolah memenuhi infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak.

         Meningkatkan autonomi pengurusan berasakan sekolah.


 ANJAKAN 7 / ANJAKAN 8 / ANJAKAN 9

ANJAKAN 7

ANJAKAN 8

ANJAKAN 9

·       Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran melalui 1 BestariNet.

·       Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaraan jarak jauh dan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus.

·       Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal.

          Memperkukuh fungsi utama dan merasionalisasai struktur Kementerian mulai 2016.

         Memperkukuhkan kebolehupayaan kepimpinan bagi 1500-200 jawatan kepimpinan utama 2013.

           Mengupayakan JPN dan PPD dengan memberi hak membuat keputusan terhadap bajet dan personel.

         Meningkatkan akuantabiliti bagi KPI bermula 2013.

         Melengkapi ibu bapa untuk membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana penglibatan Ibu,bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah.

           Model Sekolah Amanah diperluaskan kepada 500 buah menjelang 2025 dengan melibatkan alumni dan NGO sebagai penganjur.

          Maklum balas daripada setiap PIBG tentang pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti  guru diperolehi mulai 2016.


ANJAKAN 10 / ANJAKAN 11

ANJAKAN 10

ANJAKAN 11

·       Peluang untuk meningkatkan efisiensi dimanfaatkan dengan membentuk dan mengagihkan peruntukan kepada bidang kritikal sepertin meningkatkan kemahiran dan latihan guru.

·       Setiap program dikaitkan dengan keberhasilan murid yang jelas dan merasionalisasikan program berimpak rendah pada setiap tahun, selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaan ke arah Buget Berasaskan Keberhasilan.

           Laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan inisiatf Pelan Pembangunan Pendidikan diterbitkan mulai 2013.

          Semakan komprehensif dilaksanakan pada tahun 2015,2020 dan 2025 bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan kekal dan relaven dengan memasukkan maklumbalas daripada pihak berkepentingan dan mengambil kira perkembangan persekitarannya.


Comments