UNIT 7 : PERANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 Persoalan

- Pendidikan Malaysia ke arah mana ?
- Perancangan Pembangunan Pendidikan Berterakan Rancangan Pembangunan Malaysia
- Pelan induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010)
- Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia ( 2013-2025 )


Pengenalan

Pada abad ke-21 ini, Malaysia sedang menghadapi cabaran dan tekanan hebat dalam bidang ekonomi dan tenaga kerja. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi dan politik global yang tidak menentu. Justeru, negara perlu melakukan satu anjakan yang besar bagi membangunkan negara khususnya dalam bidang pendidikan, untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Negara perlu membangunkan modal insan secara menyeluruh yang bercorak progresif, bermoral dan beretika tinggi bagi melahirkan tenaga kerja pengetahuan atau “knowledge worker”. Malah, sebuah sistem pendidikan yang mampu membangunkan masyarakat bersatu padu dan bertolerasi turut diperlukan kerana Malaysia merupakan sebuah negara majmuk (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).


Comments

Popular Posts