05 // Cabaran-cabaran dalam mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Cabaran-cabaran dalam mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Cabaran 1: Ilmu dan kepakaran
- Orang yang tidak pandai tetapi memandai-mandai
akan membawa kerosakan dan kesusahan.
- Masih menggunakan teori lama,proses kerja lama
serta teknologi lama
- Misalnya, kajian KPM dan World Bank (2012)
menunjukkan aplikasi 1 BestariNet kurang digunakan dalam proses PdP di
sekolah-sekolah.
- Masalah penggunaan aplikasi itu iaitu kekuatan
signal menara pemancar, kekuatan server, kualiti laptop, dan kelajuan
akses internet.
Cabaran 2: Kesukaran menerima konsep intensif teknologi
- Tradisi federalisme, birokrasi, dan sentralisasi masih kuat dan
sukar diubah.
- PPD dan sekolah dianggap kurang berkebolehan membuat keputusan,
menjalankan kuasa, dasar dan tanggungjawab pengurusan sekolah.
- Budaya ikut arahan dan perintah dari atas masih sukar diubah kerana
takut downsizing berlaku di KPM, takut dana belanjawan pengurusan dikawal
oleh PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Cabaran
3: Prasarana sosial untuk kawasan pedalaman
- Banyak
kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak khasnya masih
kekurangan infrastruktur social.
- Jalan
raya, bekalan air, bekalan elektrik, bekalan talian/ rangkaian
telekomunikasi, pusat rawatan kesihatan, dan sekolah yang baik.
- Menjadi
persekitaran bagi 2,400 buah sekolah kurang murid (SKM) di seluruh
Malaysia.
- SKM
berada dalam keadaan ketidakberuntungan yang mencengkam mereka dalam
kitaran kedaifan dan ini menjadi satu cabaran kepada mereka untuk belajar.
Cabaran
4: Pembangunan prasekolah dan Pendidikan Khas
- Kerajaan
tidak cukup untuk memberi pendidikan prasekolah percuma untuk semua
kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun di Malaysia.
- Penyediaan
sekolah khas untuk pelbagai kategori kurang upaya, pakar penilai psikologi,
kaunselor, pembantu guru dan peralatan yang relevan.
- KPM
menghadapi masalah modal untuk menyediakan sekolah vokasional khas yang
lebih banyak di semua negeri.
Comments
Post a Comment