02 // Analisis Pelaksanaan dan Pencapaian Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia peringkat Gelombang PERTAMA (2013-2015) ke-arah mempercepatkan kemajuaan Pendidikan Malaysia
Antara inisiatif Kementerian
dalam (Gelombang 1) adalah:
π Meningkatkan
standard pengajaran melalui bimbingan guru secara khusus terutamanya dalam mata
pelajaran teras (Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Matematik, Sains).
πMereka
bentuk semula soalan peperiksaan supaya lebih menjurus kepada soalan kemahiran
berfikir aras tinggi.
πMengukuhkan
kualiti pendidikan STEM melalui pengukuhan kurikulum, pengujian dan latihan
guru, dan penggunaan model pembelajaran pelbagai mod.
πMelaksanakan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia SJK yang direka bentuk
untuk murid yang bahasa ibundanya bukan bahasa Malaysia.
πMengukuhkan
penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris melalui pengujian dan latihan semula
guru, memperluas LINUS, dan menyediakan sokongan pemulihan serta model
pembelajaran pelbagai mod.
πMelaksanakan
1BestariNet ke semua sekolah untuk mengintegrasi ICT dalam pembelajaran harian.
πMelaksana
Program Transformasi Daerah dengan tumpuan kepada sekolah berprestasi rendah
termasuk murid berkeperluan khusus untuk memacu prestasi sekolah.
πMerombak
IPG dan latihan praperkhidmatan dan meningkatkan standard kemasukan bagi guru
baharu.
πMewujudkan
pembimbing pengetua/guru besar yang berdedikasi untuk sekolah Band 5,6 & 7
dan mengukuhkan kriteria pemilihan untuk pemimpin sekolah bagi meningkatkan
kualiti kepimpinan sekolah.
πMentransformasi
Kementerian dengan meletakkan pemimpin terbaik untuk menerajui jawatan penting
di Jabatan Pendaftaran Negara dan Pejabat Pendidikan Daerah bagi meningkatkan prestasi sistem penyampaian.
πMeningkatkan
enrolmen prasekolah dan sekolah menengah melalui kempen galakan enrolmen, lebih
pelibatan ibu bapa, dan program vokasional yang lebih baik.
πMengukuhkan
praktikum dalam program vokasional melalui peningkatan kerjasama dengan sektor
swasta.
Comments
Post a Comment