01 // Pelan induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010)
Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (2006-2010)
Misi PIPP
·
‘Merintis Pembaharuan: Satu Misi Nasional’.
Matlamat
PIPP
·
Menghasilkan Pendidikan berkualiti untuk semua
menerusi penyediakan peluang Pendidikan yang adil dan saksama dan memberi
perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang untuk ke
tahap yang lebih tinggi.
Teras Strategik Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan
Teras 1: Membina Negara Bangsa
Ø
Membangunkan warganegara dari awal persekolahan
dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara, menyanjung dan
menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa.
Ø
Realitinya, pembentukan
teras ini turut selaras dengan cabaran yang terdapat dalam Wawasan 2020 iaitu
mewujudkan negara Malaysia bersatu yang berkongsi matlamat. Hasrat tersebut
dicapai menerusi pembentukan negara yang aman, berintegrasi di peringkat
wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil dan
didukung oleh satu bangsa Malaysia yang
mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
Teras 2: Membangunkan modal insan
Ø Tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin,
sahsiah, akhlak dan jati diri murid. Teras ini juga berhasrat melahirkan murid
yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif dan kreatif serta
kebolehpasaran.
Ø
Pembangunan modal insan bertujuan untuk melahirkan anak bangsa Malaysia
yang berpengetahuan dan berkepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam
pelbagai jenis pekerjaan. Bagi mencapai hasrat tersebut PIPP berusaha untuk
meningkatkan kemahiran belajar dan kompetensi dalam kalangan murid terhadap
matapelajaran tertentu khususnya Sains dan Matematik. Justeru, usaha
memperkasakan kurikulum pembelajaran telah dilaksanakan bagi melahirkan murid yang celik IT, berkemahiran untuk berfikir secara
kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2006).
Teras 3: Memperkasakan Sekolah
Kebangsaan
Ø
Memperkasakan sekolah Kebangsaan supaya menjadi
pilihan utama masyarakat.
Ø SK berperanan sebagai asas untuk menyemai serta memupuk perpaduan dalam
kalangan kaum di Malaysia.
Teras 4: Merapatkan Jurang Pendidikan
Ø Merapatkan jurang pendidikan antara lokasi,
jenis sekolah, kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan murid
untuk mengurangkan perbezaan daripada segi penyediaan kemudahan fizikal dan
bukan fizikal, prestasi dan pencapaian murid serta keciciran.
Teras 5: Memartabatkan Profesion Keguruan
Ø Memastikan profesion ini dihormati dan
dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam
pembinaan generasi masa depan.
Teras 6: Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
Ø
Memastikan institusi Pendidikan di Malaysia
mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.
Comments
Post a Comment